PENGENALAN GANGSTERISME
Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Pelbagai
gejala sosial telah mandala masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu
pelbagai sekali, baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun,
oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka
kegiatan merekalah yang hangat dieperkatakan dan mendapat perhatian daripada
segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai masalah
sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan
jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbingkan kita.
Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami
perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun
sosial. Pada masa inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar
rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja
juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi
kebanyakkannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh
inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan
seluruh cara hidup daripada alam kanak kanak kepada alam yang lebih matang dan
dewasa. Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri
atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng
sekolah, lari dari rumah, seks bebas serta lagi melepak tidak memeranjatkan
kita. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti
menganggotai kumpulan samseng seperti gangsterisme, membunuh, samun tanpa
senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalism,
penyalahgunaan dadah, minum minuman keras, terbabit dengan video lucah dan
sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah Bandar dan
dipinggiran Bandar, malah disekolah luar Bandar.[1]
Gejala samseng atau gangsterisme di sekolah menengah di seluruh
Negara juga semakin membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar
undang-undang dan tidak takut untuk melakukan kesalahan jenayah termasuk
menggunakan senjata merbahaya. Kementerian pendidikan dengan kerjasama polis
telah mengenalpasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh Negara terdedah
kepada kegiatan samseng. Gangsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap semakin
menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan
menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh membantutkan perkembangan
remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gangsterisme
boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan
dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan
rogol. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar
perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang
dikenali sebagai gangsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan
dan pembangunan negara. Hal ini amat
membimbangkan segenap lapisan masyarakat. [2]Bah
kata pepatah, “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. ” Jika masalah
gengsterisme dibiarkan berterusan, keadaan ini akan menggugat kesejahteraan
sosial dan membantutkan pembangunan negara kelak.
DEFINISI GANGSTERISME
Kumpulan gengster bermaksud kumpulan seminat yang dianggotai oleh
ahli-ahli yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah
laku dan penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli-ahlinya diikat dengan
peraturan dan undang-undang yang ketat dan kumpulan ini umumnya bergerak secara
sulit, dan, mempunyai seorang ketua yang mengetuai perancangan dan pelaksanaan
program dan aktivitinya. Sementara itu kumpulan samseng merupakan kumpulan
seminat yang dianggotai oleh samseng-samseng yang berkecenderungan melakukan
perlakuan negatif atau pelbagai salah laku. Ahli-ahlinya diikat dengan
peraturan-peraturan dan undang-undang yang longgar.
Gengsterisme di
sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yang melibatkan para pelajar
sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau penyokong
sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggaran disiplin dan
undang-undang. Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kumpulan gengster dan
samseng terdiri daripada pelbagai jantina, etnik, umur, peringkat persekolahan
dan jenis tempat kediaman mereka. Disiplin secara amnya boleh didefinisikan
sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri
sendiri. (Kamus Dewan, 1984). mereka juga akan melakukan kelakuan yang tidak
dapat diterima oleh masyarakat.golongan ini juga dikenali kumpulan yang
bertingkah laku dividen. Manakala golongan yang masih bersekolah dikenali oleh
dilinkuen.kumpulan gengsterisme juga dikenali sebagai samseng, perogol, kaki
ponteng dan lain-lain. Antara kes keganasan yang berlaku ialah mencuri, memeras
ugut barang kemasatau wang, berbahasa kasardan menakut-nakutkan serta memukul
pelajar.
Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan
(1979) menyebut disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati
undangundang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak individu,
mengamalkan tingkah laku yang baik, saling menghormati, tolong -menolong dan
membaiki keadaan dalam usaha membina.
Moral pula merujuk segala tingkah laku manusia yang berkaitan
dengan apa-apa yang betul atau salah, baik atau buruk dan apa-apa yang kita
harus buat dan apa-apa yang kita harus elakkan. Moral juga berkaitan dengan
cara manusia berinteraksi antara satu sama lain, dan bagaimana tingkah laku
mereka mempengaruhi perasaan dan kepentingan orang lain (Iheoma, 1986). Akhlak
ialah suatu daya kemampuan iradah yang bersifat tetap dalam diri manusia yang
melahirkan rasa cenderung untuk memilih perlakuan yang baik dan lurus (jiwa
akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk memilih perlakuan yang jahat dan buruk
jika akhlaknya jahat.
SUMBER AKTIVITI GANGSTERISME
1. Kementerian Pelajaran Malaysia
Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan
Oktober 1999 terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang sering melibatkan
pelajar kumpulan gengsterisme mengikut respons Pengetua dan Guru di sekolah
seperti berikut :- berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, memeras
ugut, membuli, kes pelacuran, kes salah guna dadah, membawa senjata, mencabul
kehormatan, mengancam murid, mengugut guru dan menceroboh. Sementara itu
terdapat 5 salah laku lucah yang sering melibatkan kumpulan gengster di sekolah
mengikut respons Pengetua dan Guru sebagaimana senarai berikut :-berkhalwat,
mengintai murid perempuan, membawa bahan lucah, menggunakan kata lucah dan
melukis gambar lucah. [3]
2. Majalah
Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan
gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber
Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa
(Ogos 2000) adalah seperti jadual berikut :-
Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti
Gengster
dan Membakar Premis Sekolah
Jenis Kes
|
1997
|
1998
|
1999
|
Kes Samseng
|
107
|
77
|
85
|
Membakar Premis Sekoalah
|
6
|
19
|
10
|
Sumber
: Majalah Massa (Ogos 2000)
3. Akhbar
Akhbar-akhbar tempatan juga sering melaporkan kejadian jenayah dan
gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000
mengutarakan isu gengsterisme berlaku berpunca daripada kejahilan agama dalam
kalangan remaja dan pelajar sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah
dipengaruhi oleh persekitaran yang banyak mendorong kepada keruntuhan moral dan
kemusnahan jati diri dan akhlak. Berdasarkan laporan di atas kita mendapati
bahawa aktiviti kumpulan gengster di sekolah agak menyeluruh dalam pelbagai
kegiatan.Hakikat ini merupakan satu fenomena yang kurang sihat terhadap iklim
pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah di negara kita. Masalah serius
atau tidak sesuatu salah laku itu bukan menjadi pokok perbincangan tajuk ini.
Penulis tidak akan menghuraikan satu persatu sesuatu kes gensterisme di atas.
Salah laku melawan guru termasuk mengugut, merosakkan harta benda guru sering
berlaku. Baru-baru ini akhbar harian melaporkan kes pencerobohan dan pembakaran
bilik guru disiplin, mengancam guru dengan menghantar peluru hidup dan
sebagainya. Apa yang mencemaskan, kewujudan salah laku tersebut walaupun satu
kes boleh menjejaskan iklim persekolahan dan mengganggu pelbagai peringkat
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.[4]
4. Perbincangan
Wujudnya fenomena semasa yang menunjukkan bertambahnya perlanggaran
disiplin dan gejala salah laku dalam kalangan pelajar telah menimbulkan
pelbagai pertanyaan umum tentang kesesuaian dan keberkesanan dasar dan
peraturan yang digunakan untuk pengukuhan disiplin pada peringkat sekolah.
Dalam konteks ini satu daripada perkara yang sering dikaitkan dengan
perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah kewujudan unsur gengsterisme
dan aktiviti kumpulan samseng di sekolah. Hari ini kes pelajar terlibat dengan
kegiatan jenayah dianggap sebagai fenomena biasa. Berita salah laku dan
penglibatan dalam kegiatan jenayah bukan lagi bahan panas untuk diperkatakan.
Apabila masyarakat telah jemu memperkatakannya isu itu akan hilang begitu
sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap kontroversi, tetapi yang menanggung
kesannya ialah ibu bapa dan pihak sekolah. Pelbagai teori dan andaian telah
dikaitkan dengan kewujudan kumpulan samseng ini, antaranya pengaruh media
massa, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat menular di
kawasan luar bandar, pengaruh metarialisme yang semakin meningkat, fahaman
kebebasan individu untuk perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai,
ceteknya pengayatan agama dalam diri individu, kurangnya perhatian dan
bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah dan lain-lain lagi. Perlanggaran
displin dan perbuatan salah laku dalam kalangan pelajar bukan sahaja berlaku
secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga di
sekolah-sekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasan Felda, Felcra serta
kawasan-kawasan perkampungan. Senario ini menunjukkan ‘trend’ perlanggaran
disiplin dalam kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan
walaupun bilangan pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang
sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar perempuan semakin bertambah. Isu
gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan
kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru
disiplin sekolah. Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan
yang perlu diselesaikan segera secara menyeluruh. Dalam konteks negara, gejala
ini merupakan suatu jenayah yang mencabar pihak polis untuk membendungnya.
Banyak faktor yang menjurus kepada isu gensterisme di sekolah. Namun di sebalik
faktor-faktor tersebut ada satu faktor utama yang menjadi kunci kepada
faktorfaktor yang lain. Faktor utama tersebut ialah kurangnya bimbingan dan
asuhan agama oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah. Masalah ini bukan
sahaja terbatas kepada pelajar-pelajar Muslim sahaja, bahkan melibatkan
pelajar-pelajar bukan Muslim. Di sebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan di
rumah, maka anak-anak kurang mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran dan
rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh oleh persekitaran, rakan sebaya,
media massa, internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan dan hiburan,
materialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya menjurus kepada pelbagai
gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah , kewujudan kumpulan-kumpulan samseng
atau gengster yang sering melakukan jenayah telah mengganggu ketenteraman dan
mencemar iklim persekolahan. Sehingga kini gengsterisme menjadi isu hangat yang
perlu ditangani segera.[5]
FAKTOR GANGSTERISME
1. Kegagalan Ibu Bapa Memberikan Bimbingan Dan Perhatian Kepada
Anak-Anak.
Kini, ibu bapa sibuk mencari nafkah untuk menampung kehidupan yang
semakin mendesak. Oleh itu, mereka kurang meluangkan masa untuk menyelami isi
hati anak-anak. Selain itu, sebahagian ibu bapa pada masa sekarang rakus
mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka
sehingga mengabaikan anak-anak. Mereka sering menjadikan kesibukan sebagai
alasan. Mereka kurang berkomunikasi dengan anak-anak dan menyerahkan tugas
menjaga anak bulat-bulat kepada pembantu rumah.. Kebanyakan
ibu bapa hanya mementingkan kerjaya dan sibuk mengejar kebendaan sehingga
mengabaikan anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa bersikap
materialistik untuk meningkatkan taraf hidup keluarga sehingga mengabaikan
kepentingan mendidik anak mereka. Keadaan ini mengakibatkan anak mereka berasa
kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Justeru itu,ada remaja yang tidak
takut untuk bergiat aktif dalam aktiviti gangsterisme kerana sikap ibu bapa
sendiri yang mengabaikan tanggungjawab mereka ke atas anak-anak mereka. Ibubapa tidak mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anaknya
semasa di luar rumah. Jadi, terdapat segenlintir remaja melibatkan diri dalam
kegiatan gangsterisme misalnya peras ugut supaya menarik perhatian daripada ibu
bapa.Terdapat juga remaja menyertai kegiataan gangsterisme disebabkan mengalami
tekanan perasaan terutamanya bagi keluarga ibu tunggal. Dengan itu,mereka
memilih tindakan yang drastik seperti ,menghisap gum,merokok
memberontak,melawan dan akhirnya menjadi samseng yang suka menimbulkan masalah
sosioal. Akibat ketandusan kasih sayang
daripada ibu bapa, remaja mudah bergaul dengan kumpulan gengster yang mengheret
mereka ke lembah jenayah.[6]
2. Pengaruh Rakan Sebaya.
Remaja biasanya menghabiskan kebanyakan masa di sekolah untuk
kurikulum dan kokurikulum. Dengan perkataan lain, masa pergaulan remaja dengan
kawan-kawan adalah lebih banyak berbanding dengan masa yang diluangkan bersama
ibu bapa, terutamanya ibu bapa yang sibuk bekerja. Pada peringkat remaja,
pengaruh rakan sebaya amat kuat dan menebal di jiwa mereka. Remaja akan lebih
menurut kata-kata atau ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan remaja mudah terjerumus ke dalam
kumpulan gengster. Demi diri diterima dan dihargai oleh rakan mereka, mereka
tidak teragak-agak bertindak sebagaimana yang dikehendaki oleh rakan-rakan.
Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan remaja terjerumus dalam gengsterisme
bahkan juga mendorong mereka melakukan jenayah seperti membunuh, menagih dadah,
merompak dan sebagainya. Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya
sangat besar kesannya terhadap pembangunan mental remaja sehingga menyebabkan
remaja sanggup melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Pengaruh
rakan sebaya lebih kuat berbanding dengan ibu bapa kerana remaja lebih banyak
meluangkan masa bersama rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga mereka. Lazimnya,kebanyakan
kes gangsterisme yang melibatkan remaja berpunca daripada sifat suka menurut
kerana takut dipulau oleh rakan-rakan. Aktiviti mereka bersifat memberontak
seperti mengganggu pengajaran guru-guru,ponteng sekolah,merosakkan harta benda
sekolah,ketagihan rokok,dadah dan alkohol disebabkan oleh terpengaruh dengan
rakan mereka.[7]
3. Pengaruh Media Massa
Pengaruh media massa biasanya meninggalkan kesan yang mendalam
dalam sanubari remaja. Pada zaman ini, remaja mudah terdedah kepada filem-filem
dan aksi-aksi yang tidak bermoral dan ganas. Dalam
era globalisasi ini,media massa yang berbentuk bercetak dan eletronik yang
bersifat negatif semakin sukar dikawal oleh pihak kerajaaan. Justeru,tindaklaku
remaja senang dipengaruhi dengan filem yang tidak bermoral dan beretika yang
dibawa dari negara barat. Contohnya, aksi,
tindaklaku, perwatakan yang bersifat negatif, keganasan yang ditayangkan dalam
filem akan menjadi ikutan kepada remaja kini sehinggalah ia menjadi role model
bagi remaja. Dengan kata lain, pembentukan personaliti, sikap dan sifat
seseorang remaja melalui saluran media massa telah menjadi kebiasaan bagi zaman
remaja sekarang untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh pelakon dalam filem
yang ditontoni. Mereka akan melayari laman web seperti “you tube” untuk
menonton filem-filem dan aksi-aksi yang ganas. Secara tidak langsung, pemikiran
dan perlakuan remaja akan dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat dan tonton di
dalam ‘you tube’. Mereka biasanya mempunyai naluri yang kuat untuk mencuba. Akhirnya,
mereka akan mempraktikkan apa yang mereka lihat di dalam ‘you tube’ terhadap
orang lain. Mereka akan memeras ugut atau memukul pelajar lain untuk
menunjukkan kehebatan mereka agar semua pelajar takut akan mereka.
KESAN GANGSTERISME
1. Sekolah
Masalah gangsterisme akan membawa pelbagai kesan terhadap
masyarakat. Masalah gangsterisme membawa kesan negatif kepada sekolah.
Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh
negatif kepada para pelajar. Sebagai contoh,ahli-ahli kumpulan gangster sering
melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. Sekiranya ahli geng dapat
menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah. Sekiranya ahli
geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia boleh
mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Justeru itu,ini akan
memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar,pihak pengurusan,keselamatan
sekolah dan juga proses penyampaian pendidikan amnya. Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan
pengaruh negatif kepada pata pelajar. Ahli-ahli kumpulan gangster sering
melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. Sekiranya ahli geng dapat
menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia bolahmengganggu
dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Ini seterusnya memberi kesan negatif
kepada pelajar-pelajar, pihak pengurusan, keselamatan sekolah, dan juga proses
penyampaian pendidikan amnya. Selain itu, salah laku pelajar memberi impak
secara langsung ke atas kualiti pendidikan yang diberikan disekolah. Kumpulan-kumpulan
ini mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan mengganggu proses P&P
( pengajaran & pembelajaran ) . Berdasarkan perkembangan ini, aktiviti
gengsterisme yang wujud di sekolah-sekolah , jika tidak dikawal akan
menimbulkan gangguan terhadap P&P di dalam dan di luar sekolah. Unsur-unsur
gengsterisme itu juga memesongkan kumpulan pelajar daripada terlibat secara
aktif dan bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan
menangani secara segera dan berkesan bolah mengagalkan usaha mencapai matlamat
pendidikan negara. Kehadiran geng di sekolah menyebabkan pelajar-pelajar di
sekolah berkenaan menjadi 2 kali ganda lebih takut. Para pelajar takut menjadi
mangsa keganasan. Iklim di sekolah menjadi tidak selamat dan pihak pengurusan,
guru-guru dan pelajar-pelajar sering berada dalam keadaan ketakutan kerana ada
yang tidak bersalah menjadi mengsa ganas geng. Pelajar-pelajar juga akan hilang semangat untuk belajar dan mengajar
bagi guru-guru. Ia juga memberi masalah yang banyak kepada pelajar yang tidak
bersalah menjadi mangsa ugutan secara langsung atau tidak langsung akan
mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah.[8]
2. Keluarga
Selain itu, kegiatan gangsterisme akan membawa kesan buruk terhadap
institusi keluarga. Apabila ibu bapa memberi nasihat kepada mereka, mereka
tidak akan mendengar dan ada juga akan menggunakan keganasan dan memarahi balik
ibu bapa mereka. Kegiatan gangsterisme juga akan memburukkan imej keluarga. Penglibatan
remaja dalam gengsterisme turut mencemari imej keluarga.Ahli keluarga akan
dikritik ,dikutuk dan dipandang serong oleh masyarakat.Ini akan menjejaskan
hubungan baik keluarga yang sepatutnya seindah Taj Mahal.Selain itu,perbuatan jahat
remaja juga akan meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam kepada
ahli keluarga.
3. Negara
Tambahan pula,kes gangsterisme juga akan mempengaruhi nama baik
negara kita. Jika kes gangsterisme terus meningkat ia akan mempengaruhi
perkembangan pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini demikian kerana remaja
merupakan harapan negara dan kini mereka
telah terjebak dalam kes jenayah dan ia akan memberi kesan buruk terhadap masa
depan mereka.
LANGKAH MENGATASI GANGSTERISME
1. Mengajak golongan remaja kepada pembersihan jiwa dan hawa nafsu
Langkah paling utama yang harus dilakukan kepada diri yang terlibat
dengan kumpulan gangster adalah dengan mengajak diri individu tersebut kepada
pembersihan jiwa dan hawa nafsu. Langkah ini bertujuan untuk membersihkan unsur
dalaman seseorang manusia yang juga
dikenali sebagai unsur rohani. Unsur rohani pada hakikatnya suka kepada
perkara-perkara yang baik, harmoni, tenang dan damai. Oleh itu, untuk memiliki
perkara-perkara seperti ini didalam jiwa maka, seseorang indididu tersebut
perlu melakukan perkara-perkara yang membawa kebaikan, ketenangan dan kedamaian
didalam jiwa. Sebagai contoh, mendidik akal fikiran memikirkan perkara yang
possitif dan tindakan-tindakan yang positif dapat membawa kepada pembersihan
jiwa yang total. Hal ini kerana setiap apa yang ingin dilakukan terlebih dahulu
perlu kepada akal untuk memikir apakah jenis tindakan dan bagaimana untuk
melakukannya. Dengan memikirkan perkara yang positif sahaja, individu tersebut
dapat menzahirkan apa yang difikirkan positif ke dalam perlakuannya. Pemikiran
positif sudah tentunya yang berhemah dan berfaedah kepada diri sendiri, serta
orang lain yang berada di sekelilingnya. Sekitanya pelajat tersebut ialah
seorang muslim, mendirikan solat akan dapat mencegah diri daripada melakukan
perbuatan yang keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini tidak
semestinya melibatkan kes pembunuhan. Ia juga bermaksud perbuatan yang nyata
membawa kerugian kepada pelajar dari segi masa dan usaha yang dicurahkan.
Sebagai contoh, memeras ugut duit pelajar lain di sekolah merupakan cara
menyelesaikan masalah individu yang tidak mempunyai wang. Sebagai seorang yang
bergelar pelajar, memeras ugut duit pelajar lain adalah sama dengan perbuatan
mencuri. Mencuri adalah perbuatan keji dan hina.[9]
2. Menyemai cara berfikir yang positif
Untuk menjadi
seorang yang sentiasa berfikiran positif bukanlah sesuatu yang mudah. Perkara
ini sukar untuk dilakukan oleh mereka yang tidak terlibat dengan gangsterisme.
Namun, bagi kumpulan gangster berfikiran positif yang dimaksudkan di sini
menjurus kepada berfikir tentang sesuatu yang paling asas tentang kehidupan
yang sedang dilalui dengan dengan cara yang betul dan waras. Bukan dengan
berfikir pendek dan bertindak melulu mengikut nafsu jahat seperti perasaan
marah, dendam, dan benci. Terdapat pelbagai cara lain untuk anda menghilangkan
nafsu jahat itu dari kotak fikiran.
3. Mewujudkan suasana hormat-menghormati
Sememangnya
manusia suka kepada perkara-perkara yang dapat menaikkan semangat dan keyakinan
diri, termasuklah merasakan diri dihormati dan menghormati yang lain.
Mewujudkan suasana hormat-menghormati antara satu sama lain dapat dijadikan
antara langkah membendung masalah gangsterisme dalam kalangan para remaja.
Walaupun kebanyakan daripada remaja dewasa ini telah diberi pendidikan
mengenali nilai-nilai murni dan sahsiah diri yang baik seperti
hormat-menghormati, namun masih ramai yang mungkin tidak tahu cara
melakukannya. Buktinya, rasa hormat pada diri dan menghormati orang di
sekeliling kita telah terhakis sehingga sanggup melakukan perkara-prkara yang
tidak berfaedah dan memalukan nama keluarga. Dengan ini, beberapa perkara
perpulah dibincangkan mengenai hormat-menghormati dan bagaimana ia dapat
membantu membendung masalah gangsterisme.[10]
4. Mewujudkan rakan cop dalam kalangan pelajar sekolah dan golongan
remaja
Pembangunan pesat yang sedang dialami oleh negara juga telah
mengheret kewujudan kes-kes jenayah. Kegiatan penjenayah kini sedang giat
diperangi oleh pelbagai pihak. Terdapat golongan tertentu yang menjadikan
golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah sebagai mangsa terbaru kegiatan
mereka. Baru-baru ini dilaporkan sekumpulan anggota kongsi gelap sudah mula
berani menghampiri pelajar-pelajar
sekolah dan remaja khususnya intuk menyertaikan kegiatan kumpulan gangster yang
bukan sahaja tertumpu kepada buli dan peras ugut malah lebih daripada itu.
Perkara yang menjadi kebimbangan ialah apabila mereka yang tidak
bertanggungjawab ini nmendekati para remaja untuk mengedarkan pil-pil khayal
dan syabu untuk tujuan tertentu. Mereka menghasut para pelajar dengan
mengatakan kepada para pelajar terdapatnya ’ubat-ubat perangsang minda’ dan
dikatakan mujarab untuk digunakan ketika bersukan, menjawab kertas peperiksaan
atau melepaskan tekanan. Kegiatan mereka ini bukan untuk kebaikan malah dengan
jelasnya untuk kepentingan peribadi. Situasi yang tidak sihat ini perlu
dikekang dengan segera sebelum sekolah dijadikan hub baru mereka beroperasi
melahirkan generasi yang berperwatakan samseng. Satu pendekatan yang jauh lebih
mudah dan relevan perlu dilakukan segera bagi mengekang perbuatan gangsterisme
ini. Kewujudan ’Rakan Cop’ sepatutnya membuka mata kepada remaja dan
pelajar-pelajar sekolah agar bersikap lebih berani membuat aduan agar sebarang
bentuk salah laku sosial rakan sebaya yang menyalahi undang-undang. Ledakan
kemajuan teknologi telah dimanfaat sebaiknya oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM).
Kemajuan teknologi sistem pesanan ringkas telah digunakan sebagai alat untuk
membanteras kegiatan jenayah di seluruh negara.[11]
5. Peranan ibu bapa
Telah kita ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja
dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada
ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para
ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan kepada
anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ini bertepatan dengan
teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki
keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat
atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya
iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya keperluan kasih sayang dan pada
peringkat berikutnya keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir
adalah sempurna kendiri. Komunikasi yang baik dan didikan sejak kecil lagi oleh
ibubapa mampu memberi anak-anak mereka daripada terjebak ke dalam mana-mana
gejala tidak sihat bukan sahaja gengsterisme. Ibubapa
harus mengetahui aktiviti yang disertai oleh anak-anak mereka dan mengenali
rakan-rakan anak mereka. Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada
peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang
sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Ini
termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam
kumpulannya. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang
secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain
seperti rakan sebaya.
6. Peranan Sekolah
Mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan
secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT,
intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen
penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi
melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian
Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan
melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan
pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT
untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial,
menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada
terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan
masalah sosial itu dibenci dan jijik. Bagi mencapai hasrat diatas semua pihak perlu
memberikan komitmen, kerjasama dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan.
Antara pendekatannya ialah semua guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang
selok belok dan punca penyebab berlakunya masah sosial dan pendidikan
pencegahan melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan, melaksanakan program
pendidikan pencegahan gejala sosial di Tadika/Pra sekolah, dan semua guru
mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara
program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan
rohani (pintar), kem pintar, latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk
PIBG/guru, program sekolah anak didik kami, ujian saringan air kencing,
seminar/ ceramah/ pameran/ tayangan video, program kampus sejahtera dan
menubuhkan skuad anti masalah sosial di IPT. Selain itu, hukuman rotan perlu
dilakukan secara bijak setelah usaha-usaha lain sebelumnya telah dilakukan dan
diperbaiki kelemahannya. Mesyuarat PIBG yang menghimpunkan guru-guru dan
ibubapa seharusnya tidak sekadar membentangkan laporan kewangan dan aktiviti
tahunan sekolah pencapaian akademik dan kejayaan sukan semata-mata,tetapi
menjadi medan membincangkan permasalahan pelajar.[12]
7. Peranan Masyarakat
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan
mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah, budaya melepak, ponteng
sekolah dan samseng. Sungguhpun masalah ini bermula dengan masalah individu
tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan
masyarakat sekitarnya. Masalah dadah berkaitan rapat dengan masalah jenayah,
keganasan, keselamatan dan HIV/AIDS di satu-satu kawasan. Oleh itu semua pihak
mestilah mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah disamping
merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi dadah.
Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan bekerjasama dan
mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka
bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga
perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan terutamanya Agensi Antidadah
Kebangsaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan dadah di
kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran
kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa kehancuran individu
itu sendiri dan seterusnya akan menjejaskan imej masyarakat setempat.
Selain itu, Masyarakat setempat atau komuniti yang menetap dalam
satu kawasan yang sama disarankan agar mewujudkan kembali peranan rukun
tetangga. Tidak kiralah mereka yang menetap dikawasan bandar mahukpun kawasan
kampung. Hal ini kerana masalah salah laku sosial remaja telah berada di
mana-mana. Mereka tidak perlu ke bandar untuk melakukan perbuatan seperti
meragut atau memeras ugut. Oleh itu, cara lama perlu digunakan kembali dalam
mewujudkan keharmonian dalam masyarakat agar anak-anak remaja tidak menjalani
kehidupan tidak bermoral dengan anasir
ala samseng ini. Dahulu, rukun tetangga telah berjaya diwujudkan untuk
membanteras kegiatan komunis di kawasan-kawasan kampung. Peranan rukun tetangga
ini dapat membantu pihak berkuasa memantau kegiatan samun, rompakan dan ragut
yang dilakukan oleh remaja gangster ketika di luar waktu sekolah.
Di samping itu, peranan rukun tetangga ini dapat membantu pihak
sekolah memantau kegiatan ponteng sekolah dan kegiatan berjudi. Kesemua salah
laku sosial remaja ini perlu dibendung agar mereka tidak terlibat dengan
kes-kes jenayah yang mana menjanjikan hukuman yang lebih berat sekaligus
menjejaskan masa depan mereka. Masyarakat boleh bertindak sendiri melalui
aktiviti yang boleh dijalankan dalam memberi pengetahuan mengenai salah laku
sosial remaja dan tindakan yang perlu dilakukan bagi memantaunya. Sebagai
contoh, mengadakan kempen membanteras kegiatan buli dan ragut dalam kalangan
anak-anak di kawasan tersebut. Remaja boleh sama-sama turut serta menjayakan
program seperti ini. Umpamanya, Remaja boleh berindak mengedarkan risalah
menerangkan apa itu gangsterisme dan aktiviti yang berkaitan dengan
gangsterisme dalam kalangan anak-anak remaja. Selain itu, remaja boleh
bertindak bersama-sama mereka yang lebih berpengalaman atau pihak polis untuk
bersama-sama membanteras kegitan buli dan ragut
dalam kalangan remaja gangster di kawasan tempat tinggal. Usaha ini
perlu konsisten dan berterusan kerana salah laku sosial remaja masih boleh
berlaku kerana umpama kucing tanpa tuannnya.[13]
8. Kerajaan
Kerjasama dan
keprihatinan pihak kerajaan membendung
gejala gangsterisme memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani masalah
ini. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa
langkah pencegahan seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus -kursus
berhubung dengan masalah gengsterisme yang perlu dihadapi oleh guru. Dari aspek
kekerapan perlakuan gengsterisme juga menunjukkan di tahap sederhana dan
memandangkan perlakuan gengterisme tidak hanya berlaku di dalam kawasan sekolah
sahaja maka kerjasama pihak luar sepert, pihak Polis dan Pihak Berkuasa
Tempatan adalah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali
semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah. Ini mendorong
kegiatan perlakuan gengsterisme di sekolah berada di tahap sederhana sama ada
di dalam sekolah, di luar sekolah dan semasa perjalanan pergi dan balik sekolah.
Selain itu, melalui media massa, program perintis intervensi buli di perlu
diadakan di setiap sekolah menengah khususnya. Kempen-kempen pencegah jenayah
juga boleh diadakan di setiap sekolah selaras dengan penubuhan Kelab Pencegah
Jenayah Malaysia. Contohnya tayangan video ,pameran beransurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan
jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan
jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Langkah ini tiada lain agar salah
laku remaja seperti gangsterisme ini tidak menjadi penyumbang utama kes-kes
jenayah yang berlaku. Sementara itu, kempen ini juga merupakan langkah terbaik
dalam meringankan bebanan, tekanan guru dan pelajar lain yang terpaksa berdepan
dengan pelajar-pelajar yang bermasalah ini saban hari. [14]
9. Mengawal Jaringan Aktiviti Gangster
Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti gengster dan
samseng yang melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan
melaksanakannya secara bersama melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak
sekolah harus menentukan bahawa pelajar-pelajar tidak melepak sama ada pada
waktu persekolahan atau pada masa di luar waktu persekolahan kerana ini akan
mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu, pihak
pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli
kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai
mangsa dalam masa tiga waktu utama, iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat
dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian.[15]
KESIMPULAN
Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbangkan
semua pihak. Gejala ini merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera.
Aktiviti-aktiviti kumpulan ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya
memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Gejala gangsterisme
amat dibimbangi kerana gejala ini akan memusnahkan generasi muda kita, yang
merupakan bakal pemimpin negara kita di masa depan. Semua pihak haruslah
memandang serius hal ini dan tidak mengamalkan sikap berprasangka buruk
terhadap mereka yang terlibat dalam gejala ini. Masyarakat tidak harus
melontarkan cemuhan ke arah mereka dan memaksa mereka ke jalan buntu,
sebaliknya haruslah memberi peluang kepada mereka agar mereka dapat kembali ke
pangkal jalan. Sebagai manusia, ada kalanya, kita ada membuat kesalahan dan
memilih jalan yang salah. Jauh di dalam hati mereka, ada di antara mereka yang
menyesali perbuatan mereka tetapi tidak mempunyai peluang untuk kembali ke
pangkal jalan.
Penglibatan semua pihak
adalah penting dalam menangani isu ini supaya gejala gengsterisme dapat dikawal
dan dibasmi daripada berlarutan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke
sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental
dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Ketahanan iman
pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih daripada
pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan kita. Penyelidik berpendapat adalah normal bagi seseorang
pelajar mempunyai pengetahuan dan pendedahan tentang aktiviti -aktiviti sosial
pada masa kini yang sering dipaparkan di media cetak dan elektronik yang
melibatkan pelajar. Justeru itu, pihak berwajib haruslah sentiasa bersiap sedia
untuk menangani masalah ini dengan lebih efisien dan komited.
RUJUKAN
1.
Dr. Amir
Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.
Yong
Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan
Moral.
3.
Berita
Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.
4.
Noor
Shakirah Mat Akhir. “ Pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak”
[1]
Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
[2]
Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian,
Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
[3] 1. Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian
Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
[4] Berita
Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.
[5]
Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap
Perkembangan Moral.
[6] Noor
Shakirah Mat Akhir. “ Pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak
[7]
Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap
Perkembangan Moral.
[8]
Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap
Perkembangan Moral
[9]
Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap
Perkembangan Moral
[10]
Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian,
Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
[11]
Noor Shakirah Mat Akhir. “
Pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak”
[12]
Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap
Perkembangan Moral
[13]
Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap
Perkembangan Moral
[14]
1. Dr. Amir Mohd Salleh, 1999,
Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
[15]
Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian,
Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
No comments:
Post a Comment