FIQH JINAYAT ( JENAYAH GANGSTERISME )

PENGENALAN GANGSTERISME


Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Pelbagai gejala sosial telah mandala masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali, baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat dieperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbingkan kita.

Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada masa inilah para remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakkannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak kanak kepada alam yang lebih matang dan dewasa. Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok, bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang bayi, ponteng sekolah, lari dari rumah, seks bebas serta lagi melepak tidak memeranjatkan kita. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti menganggotai kumpulan samseng seperti gangsterisme, membunuh, samun tanpa senjata api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalism, penyalahgunaan dadah, minum minuman keras, terbabit dengan video lucah dan sebagainya. Keadaan seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah Bandar dan dipinggiran Bandar, malah disekolah luar Bandar.[1]

Gejala samseng atau gangsterisme di sekolah menengah di seluruh Negara juga semakin membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut untuk melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya. Kementerian pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenalpasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh Negara terdedah kepada kegiatan samseng. Gangsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap semakin menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh membantutkan perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gangsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol. Keadaan menjadi bertambah serius apabila didapati semakin ramai pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gangsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara. Hal ini amat membimbangkan segenap lapisan masyarakat. [2]Bah kata pepatah, “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. ” Jika masalah gengsterisme dibiarkan berterusan, keadaan ini akan menggugat kesejahteraan sosial dan membantutkan pembangunan negara kelak.

DEFINISI GANGSTERISME

Kumpulan gengster bermaksud kumpulan seminat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan penubuhannya melibatkan upacara ritual. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan dan undang-undang yang ketat dan kumpulan ini umumnya bergerak secara sulit, dan, mempunyai seorang ketua yang mengetuai perancangan dan pelaksanaan program dan aktivitinya. Sementara itu kumpulan samseng merupakan kumpulan seminat yang dianggotai oleh samseng-samseng yang berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang longgar.

Gengsterisme di sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yang melibatkan para pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau penyokong sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggaran disiplin dan undang-undang. Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kumpulan gengster dan samseng terdiri daripada pelbagai jantina, etnik, umur, peringkat persekolahan dan jenis tempat kediaman mereka. Disiplin secara amnya boleh didefinisikan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri. (Kamus Dewan, 1984). mereka juga akan melakukan kelakuan yang tidak dapat diterima oleh masyarakat.golongan ini juga dikenali kumpulan yang bertingkah laku dividen. Manakala golongan yang masih bersekolah dikenali oleh dilinkuen.kumpulan gengsterisme juga dikenali sebagai samseng, perogol, kaki ponteng dan lain-lain. Antara kes keganasan yang berlaku ialah mencuri, memeras ugut barang kemasatau wang, berbahasa kasardan menakut-nakutkan serta memukul pelajar.

Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979) menyebut disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati undangundang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak individu, mengamalkan tingkah laku yang baik, saling menghormati, tolong -menolong dan membaiki keadaan dalam usaha membina.

Moral pula merujuk segala tingkah laku manusia yang berkaitan dengan apa-apa yang betul atau salah, baik atau buruk dan apa-apa yang kita harus buat dan apa-apa yang kita harus elakkan. Moral juga berkaitan dengan cara manusia berinteraksi antara satu sama lain, dan bagaimana tingkah laku mereka mempengaruhi perasaan dan kepentingan orang lain (Iheoma, 1986). Akhlak ialah suatu daya kemampuan iradah yang bersifat tetap dalam diri manusia yang melahirkan rasa cenderung untuk memilih perlakuan yang baik dan lurus (jiwa akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk memilih perlakuan yang jahat dan buruk jika akhlaknya jahat.

SUMBER AKTIVITI GANGSTERISME

1. Kementerian Pelajaran Malaysia
Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Oktober 1999 terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang sering melibatkan pelajar kumpulan gengsterisme mengikut respons Pengetua dan Guru di sekolah seperti berikut :- berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kes pelacuran, kes salah guna dadah, membawa senjata, mencabul kehormatan, mengancam murid, mengugut guru dan menceroboh. Sementara itu terdapat 5 salah laku lucah yang sering melibatkan kumpulan gengster di sekolah mengikut respons Pengetua dan Guru sebagaimana senarai berikut :-berkhalwat, mengintai murid perempuan, membawa bahan lucah, menggunakan kata lucah dan melukis gambar lucah. [3]

2. Majalah
Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan gengster dan membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa (Ogos 2000) adalah seperti jadual berikut :-

Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster
dan Membakar Premis Sekolah

Jenis Kes
1997
1998
1999
Kes Samseng
107
77
85
Membakar Premis Sekoalah
6
19
10


                                                                                      Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000)



3. Akhbar
Akhbar-akhbar tempatan juga sering melaporkan kejadian jenayah dan gengsterisme dalam kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000 mengutarakan isu gengsterisme berlaku berpunca daripada kejahilan agama dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang banyak mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak. Berdasarkan laporan di atas kita mendapati bahawa aktiviti kumpulan gengster di sekolah agak menyeluruh dalam pelbagai kegiatan.Hakikat ini merupakan satu fenomena yang kurang sihat terhadap iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah di negara kita. Masalah serius atau tidak sesuatu salah laku itu bukan menjadi pokok perbincangan tajuk ini. Penulis tidak akan menghuraikan satu persatu sesuatu kes gensterisme di atas. Salah laku melawan guru termasuk mengugut, merosakkan harta benda guru sering berlaku. Baru-baru ini akhbar harian melaporkan kes pencerobohan dan pembakaran bilik guru disiplin, mengancam guru dengan menghantar peluru hidup dan sebagainya. Apa yang mencemaskan, kewujudan salah laku tersebut walaupun satu kes boleh menjejaskan iklim persekolahan dan mengganggu pelbagai peringkat proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.[4]

4. Perbincangan
Wujudnya fenomena semasa yang menunjukkan bertambahnya perlanggaran disiplin dan gejala salah laku dalam kalangan pelajar telah menimbulkan pelbagai pertanyaan umum tentang kesesuaian dan keberkesanan dasar dan peraturan yang digunakan untuk pengukuhan disiplin pada peringkat sekolah. Dalam konteks ini satu daripada perkara yang sering dikaitkan dengan perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah kewujudan unsur gengsterisme dan aktiviti kumpulan samseng di sekolah. Hari ini kes pelajar terlibat dengan kegiatan jenayah dianggap sebagai fenomena biasa. Berita salah laku dan penglibatan dalam kegiatan jenayah bukan lagi bahan panas untuk diperkatakan. Apabila masyarakat telah jemu memperkatakannya isu itu akan hilang begitu sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap kontroversi, tetapi yang menanggung kesannya ialah ibu bapa dan pihak sekolah. Pelbagai teori dan andaian telah dikaitkan dengan kewujudan kumpulan samseng ini, antaranya pengaruh media massa, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat menular di kawasan luar bandar, pengaruh metarialisme yang semakin meningkat, fahaman kebebasan individu untuk perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai, ceteknya pengayatan agama dalam diri individu, kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah dan lain-lain lagi. Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku dalam kalangan pelajar bukan sahaja berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga di sekolah-sekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasan Felda, Felcra serta kawasan-kawasan perkampungan. Senario ini menunjukkan ‘trend’ perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan walaupun bilangan pelajar yang terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar perempuan semakin bertambah. Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah. Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu diselesaikan segera secara menyeluruh. Dalam konteks negara, gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar pihak polis untuk membendungnya. Banyak faktor yang menjurus kepada isu gensterisme di sekolah. Namun di sebalik faktor-faktor tersebut ada satu faktor utama yang menjadi kunci kepada faktorfaktor yang lain. Faktor utama tersebut ialah kurangnya bimbingan dan asuhan agama oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah. Masalah ini bukan sahaja terbatas kepada pelajar-pelajar Muslim sahaja, bahkan melibatkan pelajar-pelajar bukan Muslim. Di sebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan di rumah, maka anak-anak kurang mempunyai daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh oleh persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan dan hiburan, materialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya menjurus kepada pelbagai gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah , kewujudan kumpulan-kumpulan samseng atau gengster yang sering melakukan jenayah telah mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim persekolahan. Sehingga kini gengsterisme menjadi isu hangat yang perlu ditangani segera.[5]

FAKTOR GANGSTERISME

1. Kegagalan Ibu Bapa Memberikan Bimbingan Dan Perhatian Kepada Anak-Anak.
Kini, ibu bapa sibuk mencari nafkah untuk menampung kehidupan yang semakin mendesak. Oleh itu, mereka kurang meluangkan masa untuk menyelami isi hati anak-anak. Selain itu, sebahagian ibu bapa pada masa sekarang rakus mengejar kemewahan dan kebendaan semata-mata untuk memenuhi naluri mereka sehingga mengabaikan anak-anak. Mereka sering menjadikan kesibukan sebagai alasan. Mereka kurang berkomunikasi dengan anak-anak dan menyerahkan tugas menjaga anak bulat-bulat kepada pembantu rumah.. Kebanyakan ibu bapa hanya mementingkan kerjaya dan sibuk mengejar kebendaan sehingga mengabaikan anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa bersikap materialistik untuk meningkatkan taraf hidup keluarga sehingga mengabaikan kepentingan mendidik anak mereka. Keadaan ini mengakibatkan anak mereka berasa kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Justeru itu,ada remaja yang tidak takut untuk bergiat aktif dalam aktiviti gangsterisme kerana sikap ibu bapa sendiri yang mengabaikan tanggungjawab mereka ke atas anak-anak mereka. Ibubapa tidak mengetahui tentang kegiatan yang dilakukan anaknya semasa di luar rumah. Jadi, terdapat segenlintir remaja melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme misalnya peras ugut supaya menarik perhatian daripada ibu bapa.Terdapat juga remaja menyertai kegiataan gangsterisme disebabkan mengalami tekanan perasaan terutamanya bagi keluarga ibu tunggal. Dengan itu,mereka memilih tindakan yang drastik seperti ,menghisap gum,merokok memberontak,melawan dan akhirnya menjadi samseng yang suka menimbulkan masalah sosioal. Akibat ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa, remaja mudah bergaul dengan kumpulan gengster yang mengheret mereka ke lembah jenayah.[6]

2. Pengaruh Rakan Sebaya.

Remaja biasanya menghabiskan kebanyakan masa di sekolah untuk kurikulum dan kokurikulum. Dengan perkataan lain, masa pergaulan remaja dengan kawan-kawan adalah lebih banyak berbanding dengan masa yang diluangkan bersama ibu bapa, terutamanya ibu bapa yang sibuk bekerja. Pada peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya amat kuat dan menebal di jiwa mereka. Remaja akan lebih menurut kata-kata atau ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan remaja mudah terjerumus ke dalam kumpulan gengster. Demi diri diterima dan dihargai oleh rakan mereka, mereka tidak teragak-agak bertindak sebagaimana yang dikehendaki oleh rakan-rakan. Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan remaja terjerumus dalam gengsterisme bahkan juga mendorong mereka melakukan jenayah seperti membunuh, menagih dadah, merompak dan sebagainya. Memang tidak dinafikan bahawa pengaruh rakan sebaya sangat besar kesannya terhadap pembangunan mental remaja sehingga menyebabkan remaja sanggup melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Pengaruh rakan sebaya lebih kuat berbanding dengan ibu bapa kerana remaja lebih banyak meluangkan masa bersama rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga mereka. Lazimnya,kebanyakan kes gangsterisme yang melibatkan remaja berpunca daripada sifat suka menurut kerana takut dipulau oleh rakan-rakan. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru,ponteng sekolah,merosakkan harta benda sekolah,ketagihan rokok,dadah dan alkohol disebabkan oleh terpengaruh dengan rakan mereka.[7]

3. Pengaruh Media Massa
Pengaruh media massa biasanya meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari remaja. Pada zaman ini, remaja mudah terdedah kepada filem-filem dan aksi-aksi yang tidak bermoral dan ganas. Dalam era globalisasi ini,media massa yang berbentuk bercetak dan eletronik yang bersifat negatif semakin sukar dikawal oleh pihak kerajaaan. Justeru,tindaklaku remaja senang dipengaruhi dengan filem yang tidak bermoral dan beretika yang dibawa dari negara barat. Contohnya,  aksi, tindaklaku, perwatakan yang bersifat negatif, keganasan yang ditayangkan dalam filem akan menjadi ikutan kepada remaja kini sehinggalah ia menjadi role model bagi remaja. Dengan kata lain, pembentukan personaliti, sikap dan sifat seseorang remaja melalui saluran media massa telah menjadi kebiasaan bagi zaman remaja sekarang untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh pelakon dalam filem yang ditontoni. Mereka akan melayari laman web seperti “you tube” untuk menonton filem-filem dan aksi-aksi yang ganas. Secara tidak langsung, pemikiran dan perlakuan remaja akan dipengaruhi oleh apa yang mereka lihat dan tonton di dalam ‘you tube’. Mereka biasanya mempunyai naluri yang kuat untuk mencuba. Akhirnya, mereka akan mempraktikkan apa yang mereka lihat di dalam ‘you tube’ terhadap orang lain. Mereka akan memeras ugut atau memukul pelajar lain untuk menunjukkan kehebatan mereka agar semua pelajar takut akan mereka.

KESAN GANGSTERISME

1. Sekolah
Masalah gangsterisme akan membawa pelbagai kesan terhadap masyarakat. Masalah gangsterisme membawa kesan negatif kepada sekolah. Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh negatif kepada para pelajar. Sebagai contoh,ahli-ahli kumpulan gangster sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah. Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia boleh mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Justeru itu,ini akan memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar,pihak pengurusan,keselamatan sekolah dan juga proses penyampaian pendidikan amnya. Kewujudan kumpulan-kumpulan gangster di sekolah memberi impak dan pengaruh negatif kepada pata pelajar. Ahli-ahli kumpulan gangster sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. Sekiranya ahli geng dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang amat kuat di sekolah ia bolahmengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. Ini seterusnya memberi kesan negatif kepada pelajar-pelajar, pihak pengurusan, keselamatan sekolah, dan juga proses penyampaian pendidikan amnya. Selain itu, salah laku pelajar memberi impak secara langsung ke atas kualiti pendidikan yang diberikan disekolah. Kumpulan-kumpulan ini mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan mengganggu proses P&P ( pengajaran & pembelajaran ) . Berdasarkan perkembangan ini, aktiviti gengsterisme yang wujud di sekolah-sekolah , jika tidak dikawal akan menimbulkan gangguan terhadap P&P di dalam dan di luar sekolah. Unsur-unsur gengsterisme itu juga memesongkan kumpulan pelajar daripada terlibat secara aktif dan bersungguh-sungguh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan menangani secara segera dan berkesan bolah mengagalkan usaha mencapai matlamat pendidikan negara. Kehadiran geng di sekolah menyebabkan pelajar-pelajar di sekolah berkenaan menjadi 2 kali ganda lebih takut. Para pelajar takut menjadi mangsa keganasan. Iklim di sekolah menjadi tidak selamat dan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar-pelajar sering berada dalam keadaan ketakutan kerana ada yang tidak bersalah menjadi mengsa ganas geng. Pelajar-pelajar juga akan  hilang semangat untuk belajar dan mengajar bagi guru-guru. Ia juga memberi masalah yang banyak kepada pelajar yang tidak bersalah menjadi mangsa ugutan secara langsung atau tidak langsung akan mengganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah.[8]

2. Keluarga
Selain itu, kegiatan gangsterisme akan membawa kesan buruk terhadap institusi keluarga. Apabila ibu bapa memberi nasihat kepada mereka, mereka tidak akan mendengar dan ada juga akan menggunakan keganasan dan memarahi balik ibu bapa mereka. Kegiatan gangsterisme juga akan memburukkan imej keluarga. Penglibatan remaja dalam gengsterisme turut mencemari imej keluarga.Ahli keluarga akan dikritik ,dikutuk dan dipandang serong oleh masyarakat.Ini akan menjejaskan hubungan baik keluarga yang sepatutnya seindah Taj Mahal.Selain itu,perbuatan jahat remaja juga akan meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam kepada ahli keluarga.
3. Negara
Tambahan pula,kes gangsterisme juga akan mempengaruhi nama baik negara kita. Jika kes gangsterisme terus meningkat ia akan mempengaruhi perkembangan pembangunan dan kemajuan negara. Hal ini demikian kerana remaja merupakan harapan negara dan kini  mereka telah terjebak dalam kes jenayah dan ia akan memberi kesan buruk terhadap masa depan mereka.



LANGKAH MENGATASI GANGSTERISME

1. Mengajak golongan remaja kepada pembersihan jiwa dan hawa nafsu
Langkah paling utama yang harus dilakukan kepada diri yang terlibat dengan kumpulan gangster adalah dengan mengajak diri individu tersebut kepada pembersihan jiwa dan hawa nafsu. Langkah ini bertujuan untuk membersihkan unsur dalaman seseorang manusia yang juga  dikenali sebagai unsur rohani. Unsur rohani pada hakikatnya suka kepada perkara-perkara yang baik, harmoni, tenang dan damai. Oleh itu, untuk memiliki perkara-perkara seperti ini didalam jiwa maka, seseorang indididu tersebut perlu melakukan perkara-perkara yang membawa kebaikan, ketenangan dan kedamaian didalam jiwa. Sebagai contoh, mendidik akal fikiran memikirkan perkara yang possitif dan tindakan-tindakan yang positif dapat membawa kepada pembersihan jiwa yang total. Hal ini kerana setiap apa yang ingin dilakukan terlebih dahulu perlu kepada akal untuk memikir apakah jenis tindakan dan bagaimana untuk melakukannya. Dengan memikirkan perkara yang positif sahaja, individu tersebut dapat menzahirkan apa yang difikirkan positif ke dalam perlakuannya. Pemikiran positif sudah tentunya yang berhemah dan berfaedah kepada diri sendiri, serta orang lain yang berada di sekelilingnya. Sekitanya pelajat tersebut ialah seorang muslim, mendirikan solat akan dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini tidak semestinya melibatkan kes pembunuhan. Ia juga bermaksud perbuatan yang nyata membawa kerugian kepada pelajar dari segi masa dan usaha yang dicurahkan. Sebagai contoh, memeras ugut duit pelajar lain di sekolah merupakan cara menyelesaikan masalah individu yang tidak mempunyai wang. Sebagai seorang yang bergelar pelajar, memeras ugut duit pelajar lain adalah sama dengan perbuatan mencuri. Mencuri adalah perbuatan keji dan hina.[9]

2. Menyemai cara berfikir yang positif
            Untuk menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif bukanlah sesuatu yang mudah. Perkara ini sukar untuk dilakukan oleh mereka yang tidak terlibat dengan gangsterisme. Namun, bagi kumpulan gangster berfikiran positif yang dimaksudkan di sini menjurus kepada berfikir tentang sesuatu yang paling asas tentang kehidupan yang sedang dilalui dengan dengan cara yang betul dan waras. Bukan dengan berfikir pendek dan bertindak melulu mengikut nafsu jahat seperti perasaan marah, dendam, dan benci. Terdapat pelbagai cara lain untuk anda menghilangkan nafsu jahat itu dari kotak fikiran.

3. Mewujudkan suasana hormat-menghormati
            Sememangnya manusia suka kepada perkara-perkara yang dapat menaikkan semangat dan keyakinan diri, termasuklah merasakan diri dihormati dan menghormati yang lain. Mewujudkan suasana hormat-menghormati antara satu sama lain dapat dijadikan antara langkah membendung masalah gangsterisme dalam kalangan para remaja. Walaupun kebanyakan daripada remaja dewasa ini telah diberi pendidikan mengenali nilai-nilai murni dan sahsiah diri yang baik seperti hormat-menghormati, namun masih ramai yang mungkin tidak tahu cara melakukannya. Buktinya, rasa hormat pada diri dan menghormati orang di sekeliling kita telah terhakis sehingga sanggup melakukan perkara-prkara yang tidak berfaedah dan memalukan nama keluarga. Dengan ini, beberapa perkara perpulah dibincangkan mengenai hormat-menghormati dan bagaimana ia dapat membantu membendung masalah gangsterisme.[10]

4. Mewujudkan rakan cop dalam kalangan pelajar sekolah dan golongan remaja
Pembangunan pesat yang sedang dialami oleh negara juga telah mengheret kewujudan kes-kes jenayah. Kegiatan penjenayah kini sedang giat diperangi oleh pelbagai pihak. Terdapat golongan tertentu yang menjadikan golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah sebagai mangsa terbaru kegiatan mereka. Baru-baru ini dilaporkan sekumpulan anggota kongsi gelap sudah mula berani  menghampiri pelajar-pelajar sekolah dan remaja khususnya intuk menyertaikan kegiatan kumpulan gangster yang bukan sahaja tertumpu kepada buli dan peras ugut malah lebih daripada itu. Perkara yang menjadi kebimbangan ialah apabila mereka yang tidak bertanggungjawab ini nmendekati para remaja untuk mengedarkan pil-pil khayal dan syabu untuk tujuan tertentu. Mereka menghasut para pelajar dengan mengatakan kepada para pelajar terdapatnya ’ubat-ubat perangsang minda’ dan dikatakan mujarab untuk digunakan ketika bersukan, menjawab kertas peperiksaan atau melepaskan tekanan. Kegiatan mereka ini bukan untuk kebaikan malah dengan jelasnya untuk kepentingan peribadi. Situasi yang tidak sihat ini perlu dikekang dengan segera sebelum sekolah dijadikan hub baru mereka beroperasi melahirkan generasi yang berperwatakan samseng. Satu pendekatan yang jauh lebih mudah dan relevan perlu dilakukan segera bagi mengekang perbuatan gangsterisme ini. Kewujudan ’Rakan Cop’ sepatutnya membuka mata kepada remaja dan pelajar-pelajar sekolah agar bersikap lebih berani membuat aduan agar sebarang bentuk salah laku sosial rakan sebaya yang menyalahi undang-undang. Ledakan kemajuan teknologi telah dimanfaat sebaiknya oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM). Kemajuan teknologi sistem pesanan ringkas telah digunakan sebagai alat untuk membanteras kegiatan jenayah di seluruh negara.[11]

5. Peranan ibu bapa
Telah kita ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya keperluan kasih sayang dan pada peringkat berikutnya keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Komunikasi yang baik dan didikan sejak kecil lagi oleh ibubapa mampu memberi anak-anak mereka daripada terjebak ke dalam mana-mana gejala tidak sihat bukan sahaja gengsterisme. Ibubapa harus mengetahui aktiviti yang disertai oleh anak-anak mereka dan mengenali rakan-rakan anak mereka. Berdasarkan teori ini kasih sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Ini termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.

6. Peranan Sekolah
Mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik. Bagi mencapai hasrat diatas semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan. Antara pendekatannya ialah semua guru mestilah mempunyai pengetahuan tentang selok belok dan punca penyebab berlakunya masah sosial dan pendidikan pencegahan melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan, melaksanakan program pendidikan pencegahan gejala sosial di Tadika/Pra sekolah, dan semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara program-program yang boleh dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan rohani (pintar), kem pintar, latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk PIBG/guru, program sekolah anak didik kami, ujian saringan air kencing, seminar/ ceramah/ pameran/ tayangan video, program kampus sejahtera dan menubuhkan skuad anti masalah sosial di IPT. Selain itu, hukuman rotan perlu dilakukan secara bijak setelah usaha-usaha lain sebelumnya telah dilakukan dan diperbaiki kelemahannya. Mesyuarat PIBG yang menghimpunkan guru-guru dan ibubapa seharusnya tidak sekadar membentangkan laporan kewangan dan aktiviti tahunan sekolah pencapaian akademik dan kejayaan sukan semata-mata,tetapi menjadi medan membincangkan permasalahan pelajar.[12]


7. Peranan Masyarakat
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah, budaya melepak, ponteng sekolah dan samseng. Sungguhpun masalah ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah dadah berkaitan rapat dengan masalah jenayah, keganasan, keselamatan dan HIV/AIDS di satu-satu kawasan. Oleh itu semua pihak mestilah mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah disamping merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi dadah. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan dadah di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa kehancuran individu itu sendiri dan seterusnya akan menjejaskan imej masyarakat setempat.

Selain itu, Masyarakat setempat atau komuniti yang menetap dalam satu kawasan yang sama disarankan agar mewujudkan kembali peranan rukun tetangga. Tidak kiralah mereka yang menetap dikawasan bandar mahukpun kawasan kampung. Hal ini kerana masalah salah laku sosial remaja telah berada di mana-mana. Mereka tidak perlu ke bandar untuk melakukan perbuatan seperti meragut atau memeras ugut. Oleh itu, cara lama perlu digunakan kembali dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat agar anak-anak remaja tidak menjalani kehidupan  tidak bermoral dengan anasir ala samseng ini. Dahulu, rukun tetangga telah berjaya diwujudkan untuk membanteras kegiatan komunis di kawasan-kawasan kampung. Peranan rukun tetangga ini dapat membantu pihak berkuasa memantau kegiatan samun, rompakan dan ragut yang dilakukan oleh remaja gangster ketika di luar waktu sekolah.

Di samping itu, peranan rukun tetangga ini dapat membantu pihak sekolah memantau kegiatan ponteng sekolah dan kegiatan berjudi. Kesemua salah laku sosial remaja ini perlu dibendung agar mereka tidak terlibat dengan kes-kes jenayah yang mana menjanjikan hukuman yang lebih berat sekaligus menjejaskan masa depan mereka. Masyarakat boleh bertindak sendiri melalui aktiviti yang boleh dijalankan dalam memberi pengetahuan mengenai salah laku sosial remaja dan tindakan yang perlu dilakukan bagi memantaunya. Sebagai contoh, mengadakan kempen membanteras kegiatan buli dan ragut dalam kalangan anak-anak di kawasan tersebut. Remaja boleh sama-sama turut serta menjayakan program seperti ini. Umpamanya, Remaja boleh berindak mengedarkan risalah menerangkan apa itu gangsterisme dan aktiviti yang berkaitan dengan gangsterisme dalam kalangan anak-anak remaja. Selain itu, remaja boleh bertindak bersama-sama mereka yang lebih berpengalaman atau pihak polis untuk bersama-sama membanteras kegitan buli dan ragut  dalam kalangan remaja gangster di kawasan tempat tinggal. Usaha ini perlu konsisten dan berterusan kerana salah laku sosial remaja masih boleh berlaku kerana umpama kucing tanpa tuannnya.[13]

8. Kerajaan
Kerjasama dan keprihatinan pihak kerajaan  membendung gejala gangsterisme memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani masalah ini. Sebagai contoh, Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah pencegahan seperti menganjurkan bengkel, seminar serta kursus -kursus berhubung dengan masalah gengsterisme yang perlu dihadapi oleh guru. Dari aspek kekerapan perlakuan gengsterisme juga menunjukkan di tahap sederhana dan memandangkan perlakuan gengterisme tidak hanya berlaku di dalam kawasan sekolah sahaja maka kerjasama pihak luar sepert, pihak Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah. Ini mendorong kegiatan perlakuan gengsterisme di sekolah berada di tahap sederhana sama ada di dalam sekolah, di luar sekolah dan semasa perjalanan pergi dan balik sekolah. Selain itu, melalui media massa, program perintis intervensi buli di perlu diadakan di setiap sekolah menengah khususnya. Kempen-kempen pencegah jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah selaras dengan penubuhan Kelab Pencegah Jenayah Malaysia. Contohnya tayangan video ,pameran  beransurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah. Langkah ini tiada lain agar salah laku remaja seperti gangsterisme ini tidak menjadi penyumbang utama kes-kes jenayah yang berlaku. Sementara itu, kempen ini juga merupakan langkah terbaik dalam meringankan bebanan, tekanan guru dan pelajar lain yang terpaksa berdepan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah ini saban hari. [14]

9. Mengawal Jaringan Aktiviti Gangster
Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti gengster dan samseng yang melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secara bersama melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar-pelajar tidak melepak sama ada pada waktu persekolahan atau pada masa di luar waktu persekolahan kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu, pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga waktu utama, iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi persekolahan harian.[15]

KESIMPULAN
Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbangkan semua pihak. Gejala ini merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Aktiviti-aktiviti kumpulan ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Gejala gangsterisme amat dibimbangi kerana gejala ini akan memusnahkan generasi muda kita, yang merupakan bakal pemimpin negara kita di masa depan. Semua pihak haruslah memandang serius hal ini dan tidak mengamalkan sikap berprasangka buruk terhadap mereka yang terlibat dalam gejala ini. Masyarakat tidak harus melontarkan cemuhan ke arah mereka dan memaksa mereka ke jalan buntu, sebaliknya haruslah memberi peluang kepada mereka agar mereka dapat kembali ke pangkal jalan. Sebagai manusia, ada kalanya, kita ada membuat kesalahan dan memilih jalan yang salah. Jauh di dalam hati mereka, ada di antara mereka yang menyesali perbuatan mereka tetapi tidak mempunyai peluang untuk kembali ke pangkal jalan.
 Penglibatan semua pihak adalah penting dalam menangani isu ini supaya gejala gengsterisme dapat dikawal dan dibasmi daripada berlarutan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Ketahanan iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih daripada pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. Penyelidik berpendapat adalah normal bagi seseorang pelajar mempunyai pengetahuan dan pendedahan tentang aktiviti -aktiviti sosial pada masa kini yang sering dipaparkan di media cetak dan elektronik yang melibatkan pelajar. Justeru itu, pihak berwajib haruslah sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisien dan komited.

RUJUKAN
1.      Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.      Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral.
3.      Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.
4.      Noor Shakirah Mat Akhir. “ Pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak”




[1] Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
[2] Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
[3] 1.          Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
[4] Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.
[5] Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral.
[6] Noor Shakirah Mat Akhir. “ Pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak
[7] Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral.
[8] Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral
[9] Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral
[10] Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
[11] Noor Shakirah Mat Akhir. “ Pengaruh Ibubapa Terhadap Tingkah laku Anak-anak”

[12] Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral
[13] Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin
di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral
[14] 1.         Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
[15] Dr. Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit
Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
♥ Copyright © NuhaShukri | All Rights Reserved | Design by Pawona Kreatif